Thursday, August 30, 2007

Merdeka II

Aku cuba untuk menghayati apa makna kemerdekaan yang sentiasa dilaung-laungkan dan di megah-megahkan. Aku gagal... memang aku mengaku bahawa aku langsung tidak ada rasa betapa pentingnya Merdeka itu bagi aku. Ini mungkin kerana kita tidak pernah merasai bagaimana peritnya memperjuangkan negara untuk keluar dari belenggu Penjajah... dan bagai mana kemerdekaan ini diraih setelah melalui pelbagai onak duri dengan semua episod-episod penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris ... dimana mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa generasi akan datang dan anak-anak mereka dapat hidup lebih senang dan mewah tanpa perlu sujud dibawah kaki penjajah-penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan kolonial-kolonial orang putih itu... kita tak pernah rasa bagaimana susahnya di saat itu... berhempas pulas memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia... tak tebayang rasanya bagaimana pejuang-pejuang Melayu cam Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said dan banyak lagi pejuang-pejuang Melayu yang bertungkus lumus mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah. aku kagum... aku kagum dengan semangat juang mereka yang membara-bara. Merea berjuang bemati-matian. Keberanian mereka benar-benar aku kagumi ...


Tapi semakin lama kita merdeka semakin kita duduk dibawah belenggu-belenggu asing.. kita semakin mengikut telunjuk bangsa-bangsa asing... kita sudah tiada pendirian sendiri.. semua apa yang datang dari asing kita sanjung ke langit... kita amalkan budaya-budaya asing dan lupa akan budaya negara sendiri... adat resam kita, kita ludah merata... kita buang kita caci, kita hina sudah tidak relevan dengan dunia sekarang, sudah tidak boleh diguna pakai lagi... dan kita ambil budaya-budaya asing itu kita semat betul-betul dalam sanubari kita ... dalam sanubari anak-anak kita.. sampai ada yang sudah tak tahu makan belacan.. makan budu.. cicalok... tempoyak semua digantikan dengan cheese... cakap Melayu pun ala-ala Mat Salleh... pelat semacam..
Ya memang, pada zahirnya memang kita sudah merdeka... sudah tiada lagi peperangan.. sudah bebas... sudah tidak lagi hidup dalam ketatakutan... ya sudah MERDEKA memang itu dapat dilihat secara terang-terangan ..... tapi apakah dengan cuma menghalau penjajah itu kita mencapai kemerdekaan ... Cuba kita lihat dari segi dalamannya apakah kita betul-betul sudah merdeka... apakah kita sudah betul-betul bebas...
Memang sedih .. apa yang lebih menyedihkan kita adalah minda kita masih tetap dijajah... kita masih lagi takut untuk menjadi KITA yang sebenarnya.. malah kita amat takut untuk bangun di negara sendiri... kita semakin merempat dinegara kita... takut untuk bersuara... takut bertindak.. takut untuk mempertahankan hak-hak kita sendiri...
bangunlah... bangun dan cuba keluar dari belenggu ini... cubalah berani untuk menjadi KITA yang sebenarnya...

No comments: