Friday, January 25, 2008

Jangan mengeluh dengan segala musibah ...

Aku suka dengan kata-kata Dr. Aidh' Abdullah Al-Qarni dalam buku dia La; Tahzan

" Jangan resah dengan musibah-musibah yang menimpa diri anda dan jangan mengeluh dengan kepedihan-kepedihan yang datang bertubi-tubi."

Dr Aidh ada sertakan hadith nabi

" Susungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum maka Dia akan mendatangkan cubaan kepada mereka; dan sesapa rela dengan ujian itu maka dia akan memperolehi kerelaaNya, dan sesiapa yang membencinya maka dia akan memperolehi kebenciannya."

Swimming ...


Hmmm ... sekarang nih dah ada avtivity baru untuk aku dan anak anak ... swimming ... hehehe ... aku baru jumpa port baru untuk swimming... tapi kali nih kena bayor ... sebelum nih.. aku ngan family selalu pergi one of my hubby punya kawan punya appartment and .. belasah.. berenang sampai biru ... dah laahh free pas tuh memang tak ramai orang ... aku pun pelik jugak kenapa laa dia orng nih tak pergi berenang kat situ.. kan dia orang nih semua dah bayor maintenance untuk swim kat situ .. by the way thanks to my hubby friend yang bagi kita orang berenang kat situ... rrmmm boleh kata every week... tapi bila tetiba apartment tuh memang dah tak bagi outsiders dan hanya bukak weekdays.. kita orang jadi mati kutu... tak tahu nak pergi berenang kat mana, sampai satu hari tuh (masa aku hantar Nabilah gi Taekwondo) ada sorang kakak kata ada swimming class kat Putra Jaya... dan kalau sesapa nak pergi pun boleh...
so.. kita orang try.. pergh, memang best .... tak berapa ramai orang.. kebanyakan yang datang kat sini pun orang Melayu... jadinya tak ramai yang pakai seksi-seksi... ahaks

Actually kat sini ada banyak facilities yang disediakan. Disamping boleh berenang, korang boleh jugak masuk Gym... atau activity lain ... macam padang bola, dewan, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, gelanggang badminton, ping pong, squash dan Auditorium. Semua bilik-bilik nih korang boleh booked misal kata korang nak buat any occasion dan peralatan dalam bilik-bilik ini pun korang boleh sewa macam audio system dia, kerusi ker meja ker .. anything laa... misal kata korang nak buat aerobik untuk orang pompuan sahaja pun korang boleh sewa tempat tuh. Kadar sewaan dia by hour....

Tempat : -
Persinct 16 belakang Alamanda. Nama glamour dia Kompleks Kejiranan Presint 16 - Putrajaya

Masa untuk berenang :
Sesi 1 - 9 pagi - 11 pagi
Sesi 2 - 1.00 tgh - 3 ptg (*Jumaat sesi 2 ni untuk wanita sahaja)
Sesi 3 - 5.00 ptg - 7 mlm
Sesi 4 - 8.00 mlm - 10 mlm
Masuk untuk kanak-kanak RM1.00 dewasa RM2.00
Ada jugak klam yang betul-betul rendah untuk bebudak main-main air. Yang ini kat luar kawasan kolam besar tuh.. free jer. Kalau datang just nak main-main air boleh laa gi kat situ jer..
Class swimming yang ada kat sini kalau tak salah aku laa kan dari pukul 3.00 ptg - 4.00 ptg untuk hari Ahad, hari Sabu pun ada jugak tapi aku dah lupa pukul berapa dan paling best instructor dia perempuan. Baju-baju renang yang menutup aurat jugak ada disediakan oleh jurulatih ini. Maksud aku korang kena beli sendiri laa... Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sendiri Puan Latifah 017-2960238. Actually aku pun tak join class tuh, aku cuma pergi waktu pagi jer hari Ahad 9 -11 pagi.
So.. jom aa.. beramai-ramai memeriahkan keadaan...

Monday, January 21, 2008

Ke mana arah tuju Adi Putra ...

Adi Putra tak akan ke mana.. tambahan pula dia dilahirkan dari golongan Melayu yang berpendapatan sederhana... aku sendiri khuatir kemana arah tuju anak kecil yang genius dan berani ini... Adi Putra yang telah terserlah k'geniusan ini di abaikan begitu sahaja... kesian ... malah sebelum ini bukan Adi Putra sahaja yang mempunyai nasib sebegitu.. sebenarnya ada beberapa lagi insan pandai yang masih menagih simpati dan kemengertian dari pihak berkuasa dengan apa yang Allah telah kurniakan... suatu ketika dulu Malaysia telah dikejutkan dengan keluarga Malaysia yang mempunyai anak-anak genius.. Sufiah Farooqu yang telah berjaya menjadi ahli keluarga Oxford college dalam usianya baru berusia 12 tahun... dan masa itu kerajaan Malaysia beriya-iya mengatakan bahawa Sufiah dan keluarganya adalah warga negara Malaysia yang telah menempah nama sebagai pelajar terpintar dan mampu membolosi tembok University Oxford dengan sendirinya ... aku kagum dengan Sufiah dan keluarganya... tapi apa yang memalukan adalah kerajaan Malaysia yang langsung tidak pernah tahu kewujudan Sophea dan keluarganya dan langsung tidak menyumbang satu sen pun tentang keajaiban Sophea dengan jijiknya mmenumpang keajaiban yang dimiliki Sufiah ... apa ini juga akan terjadi dengan Adi Putra.. kerajaan Malaysia seolah-olah berlepas tangan dan hanya melihat kepintaran Adi terpadam.

Aku terkejut bila mengetahui nasib yang telah dilalui pleh Hadafi... aku sendiri tak pernah tahu tentang kewujudan insan-insan pintar selain dari Adi dan Sufiah Farooq... ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai nasib sama seperti Adi, bezanya mereka yang lain-lain itu kaya, berkemampuan, berharta .. mereka mampu mnyekolahkan anak-anak mereka dengan sendiri tanpa bantuan kerajaan... dan hasilnya mereka benar-benar berjaya ... cuba anda baca cerita mengenai Chan Yoa Ban. Chan merupakan rakyat Malaysia dimana ibu bapa mereka telah menyekolahka anak mereka di rumah (home school) sehingga Mr Chan berjaya dalam hidupnya . Mr. Chan bernasib baik kerana dia mempunya ibu bapa yang berkemampuan dan juga memperolehi sokongan ramai manusia di luar sana (tentu sekali bukan Malaysia) yang betul-betul menghargai Mr Chan.
Begitu juga dengan Ainan Caleste Cawley yang mempunyai ibu apa yang sungguh supportive dan mampu bertindak sendiri tanpa bantuan dari kerajaan. dan beberapa orang lain seperti Loh Chang Shiung, anugerah-anugerah Allah yang amat berharga ini telah disokong dengan peralatan ataupun saluran yang betul oleh ibu bapa mereka dan orang ramai yang lebih memahami dan hasilnya mereka bagaikan cahaya yang memancar...

Tetapi malang bagi Adi dan Hadafi ... Yup Hadafi satu lagi mangsa malang yang kebijaksanan nya terbiar begitu sahaja.... Hadafi merupakan total failure pemerintahan Malaysia. Apa dah jadi dengan Hadafi.... dan kita tidak mahu lagi sindrom Hadafi berleluasa di Malaysia... sila lihat laporan mesyuarat Parlimen - page 69. Adi juga boleh jadi setaraf atau lebih baik dari mereka-mereka ini (Sufiah, Mr. Chan dan Ainan) tetapi dia tidak dilengkapi dengan peralatan dan saluran yang betul dan cukup.... insan ajaib inilah merupakan asset kerajaan yang paling penting.
Kerajaan perlu sedar bahawa asset paling penting ini perlu di supplykan dengan pelbagai peralatan dan saluran yang betul dan special.
Apa yang Malaysia perlu lakukan (which they will not) ialah Malaysia perlu adakan sebuah sekolah atau agency atau proggrame pendidikan atau apa-apa persatuan untuk Gifted Children macam nih. Banyak juga negara-negara yang telah menamalkan atau mempractickan Gifted Education ini dinegara-negara meraka supaya bakat dan pemberian paling berharga ini tidak disia-siakan .... Mungkin program ini bukan sahaja khas untuk kanak-kanak yang istimewa dan berbakat, tetapi kerajaan boleh juga mengasuh dan membentuk kanak -kanak untuk menjadi seorang yang genius dengan melihat dari segi individual development of the children itu sendiri... Allah telah jadikan makhluknya di muka bumi ini mempunyai keistemewaan mereka masing-masing.. cuma mungkin kita tidak sedari..

Thursday, January 17, 2008

Sausage dengan scramble egg and Bakes bean ..



Sausages
Telur
Baked beans

Sausages tuh goreng atau bakar... telur pukul macam nak buat telur dadar, masukkan sikit susu segar dan garam... tukar minyak dengan butter. Goreng dan hancur-hancurkan (scrambled). Buh sikit pepper. Susun sausage atas pinggan, buh telu tadi dan bukak tin baked bean letakkan sikit. Heheh .. senang dan nampak menarik kan ....

Wednesday, January 16, 2008

LAW of the GARBAGE TRUCK by David J. Pollay

Hmmmm .... Aku dapat e-mil pasal nih pagi tadi.. quit interesting jugak .... dan aku setuju ngan apa yang uncle nih kata ...

How often do you let other people's nonsense change your mood? Do you let a bad driver, rude waiter, curt boss, or an insensitive employee ruin your day? Unless you're the Terminator, for an instant you're probably set back on your heels.

However, the mark of a successful person is how quickly he/she can get back her focus on what's important.

Sixteen years ago I learned this lesson. I learned it in the back of a New York City taxi cab.

Here's what happened.

I hopped in a taxi, and we took off for Grand Central Station. We were driving in the right lane
when, all of a sudden, a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his breaks, skidded, and missed the other car's back end by just inches!

The driver of the other car, the guy who almost caused a big accident, whipped his head around and he started yelling bad words at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean he was friendly. So, I said, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!'

And this is when my taxi driver told me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck. Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it. And if you let them, they'll dump it on you. When someone wants to dump on you, don't take it personally. You just smile, wave, wish them well, and move on. You'll be happy you did.

So this was it: The 'Law of the Garbage Truck.' I started thinking, how often do I let Garbage Trucks run right over me? And how often do I take their garbage and spread it to other people: at work, at home, on the streets? It was that day I said, I'm not going to do it anymore.' I began to see garbage trucks. I see the load they're carrying. I see them coming to drop it off. And like my Taxi Driver, I don't make it a personal thing; I just smile, wave, wish them well, and I move on.

One of my favorite football players of all time, Walter Payton, did this every day on the football
field. He would jump up as quickly as he hit the ground after being tackled. He never dwelled
on a hit. Payton was ready to make the next play his best.

Good leaders know they have to be ready for their next meeting. Good parents know that they have to welcome their children home from school with hugs and kisses.

Teachers and parents know that they have to be fully present, and at their best for the people
they care about.

The bottom line is that successful people do not let Garbage Trucks take over their day. What
about you? What would happen in your life, starting today, if you let more garbage trucks pass you by?

Here's my bet.
You'll be happier.
So.. Love the people who treat you right.
Pray for the ones who don't.
Believe that everything happens for a reason.
If you get a chance, TAKE IT!
If it changes your life, LET IT!
Nobody said it would be easy...
They just promised it would be worth it!

Menu Sarapan Pagi ...

Sejak-sejak anak dah masuk sekolah nih ... aku duk tiap-tiap hari pikir resepi untuk breakfast... pening jugak nak reka makanan-makanan yang bebudak boleh makan pagi-pagi buta nih ...
Post kali nih aku nak cuba tolong ibu-ibu yang berkerjaya dan sama senasib cam aku . Yang sentiasa sibuk berlari kesana kesini... kesuntukan masa tapi still mahu buat yang terbaik untuk keluarga..

Kalau nak senang biasanya dalam seminggu tuh mesti ada sekali atau dua kali menu cerial atau bijirin sarapan pagi ... macam koko crunch, honey star dengan fresh milk.. biasanya budak-budak memang suka.. bapak budak kalau tak suka suruh dia carik makan sendirik kat office nanti... "masakan"nih adalah masakan paling senang ... boleh di kreatif dengan letakkan potongan buah-buahan dan dengan itu dalam seminggu kita adalah masa yang lebih untuk tidur..

Biasanya masakan-masakan Mat Salleh paling senang... Nugget, Sausage, burger, kentang goreng (fries).. kalau rasa-rasa dah terbangun lambat keluarkan dalam peti ais dan goreng jer... boleh pelbagaikan dengan buh telur goreng ker ... atau buh kacang panggang ker atau buh roti bakar supaya lebih creative ...

Roti ... biasanya mesti ada kawan dia .... cam kalau letak sardine dah jadi sandwish sardine ... boleh jadi sandwish tuna, boleh jadi sandwish telur - sandwish telur plak boleh jadi sandwish telur rebus ngan mayo.. atau sandwish telur goreng... atau roti celup telur ... atau roti tuh boleh bakar kosong jer atau sapu sikit butter, jem, kaya, garlic butter... atau sandwish ayam ngan mayo (chicken mayo) pandai-pandai sendiri laaa...

Makanan segera dalam kotak atau dalam tin.. macam Mashroom Soup... maggie (sekali-sekala)... dan sekarang ada berjenis-jenis.. ada Chicken soup... Chicken soup with pasta .. dan entah apa-apa lagi ... ramai orang kata tak berapa bagus tapi bagi aku kalau sekali-sekala tak da hal punya laaa ...

Kuih tradisional ... tapi budak-budak sekarang nih tak berapa suka .. tak macam kita dedolu... ada kuih kaswi, kuih ketayap, jejemput (pisang, ikan bilis, bawang), kuih talam, kuih rumah tingkat dan entah apa-apa lagi kuih... Kebanyakan kuih nih boleh buat pada malam tuh.. senang jer ... macam kuih kaswi... bancuh-bancuh.. buh dalam loyang.. kukus... esok tinggal nak potong jer ..

Lagi ada makanan instant yang sedikit tradisional... macam donut, kuih pau, cucur badak, karipap, samosa, roti canai... dll.. semua nih kita cuma goreng ataupun kukuskan jer balik... senang kan...

Makanan yang sedikit complicated.. macam mee/nasik/bubur... nih boleh laa senaraikan untuk sebulan sekali... macam nasik lemak (sambal boleh buat hujung minggu - bekukan dan bila nak makan masuk jer dalam microwave), mee/meehoon/kuetiow goreng, nasik goreng (yg nih mudah sikit), mee/meehoon sup, spagethi goreng/spagheti bolognese (kuah boleh masak bebanyak masa hujung minggu - nak pakai perangat jer), nasik kerabu, nasik dagang... (adush .. kategory 2 - 3 tahun sekali ....leceh bib)

Sarapan ubi.. Kalau kat kedai korang ada jual ubi boleh buat ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis (sambal ikan bilis nasik lemak tuh buat lebih sikit), cicah madu, cicah kelapa campur garam atau kelapa campur dengan gula melaka, cicah manisan... sedap tuh ...

Pulut ... boleh jer buat pulut inti, pulut kuning dengan rendang (rendang masa raya yg dah dibekukan), pulut ngan ikan masin...

Telur ... boleh buat scramble egg, telur separuh masak ... telur goreng ngan ayam / sayur campur.. telur dadar buh sikit fresh milk...

Last sekali kalau dan malas atau betul-betul tak sempat tuh .. amik kunci keta .. gi aa kat warung-warung yang berhampiran... beli apa yang patut.. balik umah perangatkan terus boleh makan...

Nanti kalau ada masa aku post kan menu yg lengkap untuk breakfast-breakfast nih...

Thursday, January 10, 2008

Lagi Budak Hilang ..


Episode-episode sedih Nurin masih lagi terbayang .. aku rasa terlalu baru melihat kesedihan keluarga Jazimin ... Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kehilangan Nini pulak ... adush .. berat sungguh hati aku bila melihat gambar-gambar adik Nini dan keluarga meraih simpati dan bantuan orang ramai untuk mencari gadis kecil ini....

Aku sendiri terasa teramat malu bila kejadian yang sama berlaku berulang kali tanpa ada jalan penyelesaian... lama aku tidak melihat apa-apa progress di dada akhbar menceritakan kisah penculikan Nurin nih ... dan siri-siri penyiasatan Nurin telah seakan-akan di hentikan, sehingga semalam berita mengenai kehilangan adik Niny menyusul, barulah pihak tertentu kembali bersemangat dan meraba-raba semula kes yang sudah hampir 4 bulan senyap ini ...
Bagi kami, kami tidak pernah sekali-kali lupa akan tragedi menimpa adik Nurin...

Bukan hasrat aku nak salahkan sesiapa.. tetapi sebagai rakyat Malaysia nih.. aku sendiri terasa tercabar dengan kes-kes kehilangan kanak-kanak nih.. semakin hari semakin berleluasa ... semakin lama semakin berani... berita kehilangan kanak-kanak sudah menjadi berita yang acap kali kita dengari ... maaf ... aku memang tidak arif dalam bidang penyiasatan nih.. jadi bukan tugas aku untuk memberi ulasan bagaimana sepatutnya kes ini diselesaikan ....
Mungkin pihak berkuasa sendiri sudah mati akal.. atau pihak berkuasa sibuk dengan kes-kes yang lebih besar sehingga terlepas pandang dengan kes ini ... atau pihak berkuasa sudah tidak mampu atau layak membantu .. atau kes ini bukan kes besar yang perlu penelitian yang sewajarnya... entah aku tak berani memberi komen.. di khuatiri komen aku salah .. apa yang aku khuatiri sekarang ini berapa ramai lagi kanak-kanak yang akan menjadi mangsa...
Bukan masa untuk menyalahkan sesiapa sekarang nih.. mungkin apa yang kita boleh buat ialah bersama-sama mencari yup.. sama-sama mencari ... cukuplah selama ini kita hanya berharap kepada pihak berkuasa ... dan kita sudah tahu.. usaha itu memang tidak beroleh apa-apa kejayaan ... lessons learned ... make sure the same mistake will not repated in future .... cukup lah jangan biar sejarah berulang lagi...sedetik kita lambat nyawa adik Niny dalam bahaya .... sesiapa yang mampu mungkin boleh sama-sama turun kepadang mencari dan membantu..
Marilah kita sama-sama berdoa agar adik Niny selamat dikembalikan....

Tuesday, January 8, 2008

The Punisher

Hmmmm.. movie nih memang movie lama, tapi aku baru jer tengok hari tuh... bukan apa, sekarang nih dah ada port untuk pinjam DVD atu CD .. murah tuh... satu CD / DVD 3 hengget jer... untuk 2 hari 1 malam.. kalau cite tuh dah lama sikit 2 hengget jer .. lepas tengok .. boleh copy... so.. korang jangan terkejut kalau korang nampak aku rambut sudah tukar colour-colour merah hijau biru.. jual CD kat pasar malam satu hari nanti...

Ok sambung pasal The Punisher... citer nih memang best, dia mulakan citer dengan FBI agent Frank Castle yang tengah dengan jayanya menyelesaikan satu kes besar sebelum dia bersara dan cuba ingin memulakan hidup baru bersama isteri dan anak lelaki dia ... masa kes nih laa... dia dan pasukan dia telah menembak salah seorang anak seorang penjahat yang paling hebat kat negara tuh ... rrr.. lakonan John Travolta. Anak penjahat nih nak jadikan citer mati. John Travolta memang sedih atas kematian anak kesayangan dia tuh... dia dan isteri dia pun nak balas dendam atas kematian anak dia nih ... pergh.... ha lepas nih baru satart citer sebenar ...
Cerita nih bermula bila Frank Castle buat party kat rumah dia dan jemput semua ahli keluarganya dari mak ayah atuk nenek kaum kerabat semua datang. Dan John travolta telah mengarahkan orang-orangnya untuk melenyapkan kesemua keluarga Castle. Masa nih laa aku rasa part paling best bila Castle nampak dengan mata kepala sendiri ahli keluarganya dibunuh satu persatu... dan paling sedih bila dia cuba selamatkan anak dan isteri dia yang sedang melarikan diri.. dia orang kena langgar hidup-hidup tuh bib ...bila Castle sampai kat situ dia cuma nampak mayak anak dan isteri dia terbaring .... masa nih memang sedih ...
Castle yang disangka mati, telah bangun semula dan wanted to punish the murderers of his family. Dia kata apa yang dilakukan bukan atas dasar balas dendan tapi untuk mengajar (to punish orang jahat tuh ...Di sinilah cerita bermula... bila dia telah dengan penuh liciknya mengaturkan kesemua pembunuhan. Castle telah merancang bahawa kesemua pembunuhan itu akn dilakukan sendiri oleh John Travolta. Dia telah dengan sendirinya membunuh kesemua orang-orang yang dia percayai.. seperti isterinya sendiri dan kawan baiknya ...
Citer nih penuh dengan dendam tapi memang kesian bagi Castle tuh... hidup dia punah, musnah, hancur bila kesemua orang tersayang dia mati...

Monday, January 7, 2008

Pendidikan Percuma ... ada ker kat Malaysia nih ???

Ok Ok... aku tipu kalau aku tak amik pot dengan kekalutan pasal Yuran sekolah walaupun baru tahun nih anak aku ke sekolah... isu yuran sekolah nih dari awal lagi aku dah rasa tipu... kerajaan tak akan lakukan sesuatu yang merugikan pihak dia orang cam tuh jer ... aku tak kisah kalau apa dia orang nak kata, tapi aku kecewa bila apa yang dia orang kata tidak seperti yang dia orang lakukan .. (tapi benda tuh dah biasa....)

Aku masih ingat lagi kata-kata menteri pendidikan yang telah menawarkan satu PENDIDIDKAN PERCUMA (cuba klick dan baca sendiri) bagi semua pelajar diMalaysia... Malah dalam bajet 2008 juga ada mennyebut bahawa Malaysia adalah salah satu negara yang mengamalkan dasar pendidikan percuma kepada rakyatnya dengan pemansuhan yuran sekolah untuk sekolah rendah dan menengah.

“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini (Utusan Malaysia Online).

Hehe... yuran sekolah tuh sebenarnya berapa sen sangat lee... yang dimansuhkan... aku tak nak komen pasal pembayaran cuma kalau korang teliti semula semua ulasan-ulasan orang yang tertentu pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang terjadi.. yang berhormat.. rakyat Malaysia sekarang sudah semakin cerdik sudah tidak boleh di pusing-pusing dan diputar belitkan lagi.. kami sudah tahu mana yang betul dan yang mana yang berbau busuk ... tolong jangan ucapkan statement statement yang berunsur penipuan nih lagi ... cuba bercakap benar dan mungkin kami boleh terima apa yang cuba disampaikan.. (aku tetap tak boleh terima).

Sebenarnya aku memang tak salahkan sekolah atau penambahan yuran nih.. sebab sekolah sebenarnya cuba untuk lakukan yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak didik mereka. Aku hari tuh pun dengan paksa rela bayar jer yuran tambahan yang dikenakan oleh sekolah... Tapi masalahnya kenapa kerajaan tidak memperutukan wang yang cukup untuk segala kemudahan di sekolah-sekolah... Sepatutnya government perlu peka dengan segala apa keperluan sekolah dan pelajar... ini adalah tugas kamu ... tolong sediakan peruntukan yang sewajarnya untuk pendidikan anak-anak kami...

"Abdullah berkata, bagi memperkasakan sekolah rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi menjayakan usaha menghasilkan modal insan berkualiti."

30 bilion ...??? aku tak tahu betul atau tak tapi walau berapa pun yang dilafazkan itu tidak terdapat dalam baget 2008 hari tuh.. peruntukan-peruntukan lain ada. Mungkin kerajaan kita lebih berminat dalam hal-ehwal lain macam yang Dr nih tulis.. korang baca aa sendiri nanti yek ...
Bagi aku... kita sepatutnya contohi negara-negara lain seperti di Jerman, Brunei, Jepun, US yang betul-betul menitik beratkan pembelajaran dalam sistem kerajaan. Sekolah-sekolah di negara-negara ini adalah percuma.. ada pulak elaun kepada ibubapa yang telah menyekolahkan anak-anak mereka untuk kemudahan mereka belajar. Even di peringkat universiti sekali pun kerajaan-kerajan mereka masih sanggup membiayai penuh pendidikan mereka. dan tahap pendidikan mereka memang tahp pendidkan yang memntingkan kemahiran dan kepakaran. Begitu juga para guru.. mereka terdiri dari golongan professional yang mana mereka adalah golongan yang mempunyai gaji teringgi.. dan hanya yang terbaik sahaja yang akan dipilih menjadi guru. Contohnya di Jepun, guru-guru akan menjalani pelbagai peperiksaan untuk menjadi seorang guru. Mereka akan betul-betul ditapis untuk hanya memperolehi guru yang betul-betul bagus dan terbaik. Tidak seperti di Malaysia. gaji guru cukup-cukup makan jer.. dah laa tuh .. jadi cikgu adalah the last choice.. kalau tak dapat cari kerja lain baru laa terpaksa jadi cikgu.. dan hasilnya guru-guru yang paksa rela dan mengajar ala kadar jer ... aku sedih betul dengan sistem pendidikan negara kita nih ... mungkin kerajaan boleh mengambil iktibar dan belajar dari negara-negara ini. Tapi itu semua bergantung kepada keikhlasan pihak kerajaan sendiri...
Cuba baca nih.. aku betul-betul tertarik dengan ulasan yang dia bagi (click dan baca blog nih.. ada banyak lagi post dia yang best) blog nih banyak membuka mata aku bagaimana kita yang tak berapa cerdik (tapi bukan bodoh) telah tertipu dengan ketidak pandaian kita sendiri. Tapi aku rasa Malaysian sekarang sudah lebih bijak berfikir dan mengkaji sendiri mana yang betul, mana yang tipu.. mana yang baik dan mana yang tidak sepatutnya terjadi ..

Cuna baca nih plak ... Koleksi Berita Isu yuran Sekolah

Sendiri pikir laaa.. cakap pun tak guna jugak ...

Friday, January 4, 2008

First Day at School ...



Semalam hari pertama Nabilah masuk sekolah kebangsaan.. dan macam biasa sapa yang mengelabah ...??? akulerr mak dia ... adush ... Nabilah ok jer... Excited giler dia ... Pasal kawan baru ... memang aku tak pernah risau... communication skill dia memang excellent... dia memang senang dapat kawan baru .. dan member masa Montessori pun dah ada ramai cuma tak ramai yang satu kelas dengan dia .. .First day nih pun dia dah boleh buat cam rumah sendiri jer ... berlari kesana kesini... dah tak nampak dah mak ngan abah dia yang gubra semacam ... maklumlah.. anak pertama masuk sekolah ...
Aku.. macam semua mak ayah kat luar sana... harapan memang tinggi menggunung untuk anak aku.. Semoga dia menjadi seorang yang berguna dunia dan akhirat. Berjaya dan cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan ...

Tuesday, January 1, 2008

Mee Kung Fu .. haaiyyaa...



Hmmm ... pagi tadi masak mee kungfu.. dah lama sangat aku tak masak... resepi nih pun aku main belasah jer .. oleh kerana dari college lagi aku dah memang suka sangat makan mee kungfu nih.. so .. aku try buat .. dan resepi dia seperti biasa aku main belasah jer... entah aku rasa macam ok jer .. sedap...

Untuk Mee
Mee kuning
Kicap manis (masin pun boleh jer)

Untuk Kuah
Dalam 1/2 inci halia (sikit jer)
dalam 5 - 7 bijik bawang putih (agak-agak aaa kan)
ayam, sotong, udang ikut suka
fish ball
Putik jagung
Carrot
1 kiub ayam
telur 1 - 2 bijik
Lada putih / lada sulah (pepper)
1 sudu tepung jagung

Memula tumbuk / blend halia dan bawang putih. Tumis macam biasa. Pas tuh masukkan ayam, sotong, udang dan fish ball. Masukkan air dan masukkan semua sayur yang di potong (potong ikut suka aaa) dan kiub ayam. Tunggu sampai semua lauk pauk tadi masak dan masukkan sayur. Bila sayur dah masak, masukkan telur kacau. Bila dah semua dah masak, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh untuk pekatkan dia. Bubuh sikit lada putih. Kalau ada minyak bijan bubuh 2 - 3 titik... jangan banyak nanti memang tak sedap.
Mee pulak lepas basuh gaulkan dengan kicap. Panaskan minyak dan goreng mee tadi. Goreng cam tuh jer... tak yah buh garam ke apa ker ...

Cili jeruk.



Potong cili hijau
bubuh air panas jangan banyak sangat, sekadar nak celurkan dia jer... sikit jer tau.. Air panas tadi tak yah buang campurkan sekali dengan cuka, garam dan gula. Kalau korang makan ajinomoto.. buh aa sikit.




Cili api potong kicap...



Potong cili api hijau tuh... bih air panas sikit jer. Buh minyak bijan dalam 2 titik. Buh kicap. Seeloknya kicap manis tapi kicap masin pun boleh... dah siap...





Cara menghidang... buh mee dan buh kuah yang tengah panas-panas tuh atas dia... cili tadi bubuh aa dalam bekas kecik supaya sapa yang nak pedas boleh makan. Mudah jer kan dan semua orang boleh makan budak kecik pun boleh makan sebab tak pedas langsung.