Friday, February 27, 2009

Beyoncé - If I Were a Boy - Widescreen



If I Were A Boy lyrics

If I were a boy even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted
And go drink beer with the guys

And chase after girls
I'd kick it with who I wanted
And I'd never get confronted for it
'Cause they stick up for me

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they'd think that I was sleeping alone

I'd put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she'd be faithful
Waiting for me to come home, to come home

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, oh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man

You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy

Monday, February 23, 2009

Bubur Sum Sum


Aku pernah buat buatkan bubur sum sum nih sebagai hantaran pertunangan adik ipar aku ... sebenarnya aku macam tak ada idea nak buat apa untuk hantaran tu.. sebab dia nak semua barang barang dia berunsur pink.. lama aku fikir .. last last aku dapat idea buat bubur sum sum niiii ... aku buat warna pink belang putih .. hehehe settle ...

Resepi

3 - 4 cawan santan
1 cawan tepung beras (gunakan cawan yang sama dengan cawan santan tadi)
secubit garam
1 cawan air kosong
Pewarna ikut suka

Untuk gula
Gula merah (atau gula kabung / gula kerek)
Daun pandan
Air untuk hancurkan gula

Memula masakkan santan dengan tepung beras tadi sampai pekat. Masukkan secubit garam tadi. Make sure api jangan kuat sangat. Kacau sentiasa supaya tidak berketul dan berkerak kat bawah dia. Bila dah pekat dan dah macam nampak berkilat masukkankan secawan air lagi untuk pastikan dia betul betul lembut. Sebab bubur sum sum nih tak sedap kalau keras.. dia nak lembut sangat baru best makan. Bila dah rasa rasa dah lembut dan dah berkilat (tapi jangan masak lama sangat nanti naik minyak pulak) boleh laa buh terus dalam bekas. Masukkan dalam peti ais baru sedap bila makan.

Gula dia masak cam biasa laa.. cairkan gula melaka atau gula kabung (org Perak suka guna gula kaung) atau gula kerek (org Kelantan suka guna gula kerek nih) masukan daun pandan dan air. Masak sampai cair. Boleh masukkan gula nih dalam peti ais supaya sejuk.

Cara makan.. buh je laa air gula tuh aas bubur sum sum tadi tuuu.. pas tuh makan...

Thursday, February 19, 2009

Dead lock bagi BN di Perak...

Zambry dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Harakahdaily
Thu | Feb 19, 09 | 1:01:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Menurut laporan Malaysiakini keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang semalam.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Dato' Ramly Zahari (Manong), Dato' Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang semalam.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.


Wednesday, February 18, 2009

Anugerah Cemerlang




Taniah kepada Kakak Nabilah kerana berjaya memperolehi tempat kedua dalam peperiksan akhir tahunnya. Taniah sekali lagi atas sega kejayaan kejayaan yang dia peroleh (click sini, sini, dan sini) sepanjang tahun ini. Mak, abah dan semua ahli keluarga sentiasa berdoa agar kecermelangan ini akan berterusan untuk dunia dan akhirat.

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong punya citer

KUALA LUMPUR, Feb 16 – Selangor Opposition Leader Datuk Seri Mohd Khir Toyo urged state executive councilor Elizabeth Wong to resign immediately after her nude photos were circulated.

Describing the scandal as embarrassing, Khir said Wong is no longer fit to remain as a member of the state administration or a lawmaker.

khir toyo“This is about morality, whether the pictures were taken with or without consent is another matter, I cannot accept a lawmaker whose morality is questionable,” Khir told The Malaysian Insider.

“This is very embarrassing for the people of Selangor. This is about leadership, the people will not be able to accept this,” he added.

“In Barisan Nasional we asked Datuk Seri Chua Soi Lek to resign after his video was circulated,” said the Sungai Panjang assemblyman, referring to the MCA deputy president who was forced to resign last year after his sex video was distributed to the public.

Khir added that the latest scandal was a reflection of PKR’s failure to provide good leadership and hoped that Datuk Seri Anwar Ibrahim would clean up the party.

“They have been talking about integrity and morality I also hope the Menteri Besar Tan Sri Khalid will take stern action against the assemblyman,” said the former Menteri Besar. “The longer they wait the worse the damage will be to the state.”

Wong, who won the Bukit Lanjan state seat with a majority of 5,000 votes in the general election last year, lodged a police report last night at the Petaling Jaya police station.

Selangor Police chief Datuk Khalid Abu Bakar confirmed that the report has been lodged and said that she was expected to give her statement this evening.

“The report is very brief, we cannot act yet until we get her statement,” Khalid told The Malaysian Insider.


* Aiik aku betul betul confius... asal Wak Khir Toyo mintak Elizibeth letak jawatan ek... Waj Toyo kata ini satu perkara uang memalukan.. perbuatan yang tidak bermoral ??? ishhh.. bior betul Datuk .... gua pun seram dengar tuduhan Wak Toyo nih...

lepas nih YB YB parti pembangkang kena jaga akhlak dan morality masing masing... macam jangan lupa pakai baju masa nak tido dalam rumah sendiri.. atau jangan lupa gunakan kain basahan masa nak mandi dalam bilik air..

rrrrr...... Wak ... wak pakai kain basahan ke masa mandi..??? bukan apa sekadar untuk peringatan nanti dituduh tidak bermoral pulak...

Wednesday, February 11, 2009

Ngantor Pengantin



Gambar menghantar pengantin. Lama betul tak tempek gambor.... nah enjoy jer lahhh...

Thursday, February 5, 2009

Sultan minta MB undur

DUN tidak dibubarkan, Sultan minta MB undur
Feb 5, 09 3:40pm

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak hari ini.

Kenyataan tersebut berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 ahli dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota bebas, baginda yakin bahawa Mohamad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

Berita Selanjutnya....

Apa cheritae nye Yob...

Mungkin ayat nih dapat menjadi penenang atas segala kemushkilahan yang berlaku di negara keluarga teman di Perok.... tawakal dan berharap atas apa yang akan terjadi... Wak Raden dalam No to Umno post benda nih kat dalam blog dia.. untuk semua rakyat Malaysia bertawakal dan berserah.. apa sahaja kemungkinan yang akan datang..

Mungkin ayat nih boleh menyejukkan sikit hati para penyokong mana mana pihak.... keputusan yang akan di keluarkan nanti mungkin satu hikmah atau satu ujian ....

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "
Ali 'Imran , 26

Tuesday, February 3, 2009

No reservation - Part II



Pagi pagi dah bangun.. kita orang plan nak tengok sun rise.. nak pergi tangkap gmbar matahari naik jadi.. before 7:00 am kita orang dah siap sedia untuk ke pantai ... suasana memang nyaman .. sejuk.. angin kuat .. ombak pun boleh tahan jugak.. kami duduk bersantai kat tepi pantai tuh.. beralaskan tikar ... kita orang tunggu punya tunggu tak jugak keluar keluar .. mungkin sebab cuaca pagi tuh agak mendung.. mungkin awan dah menutupi matahari yang nak naik tuh... jadi kita orang pulang dengan hampa..

Balik terus breakfast kat hotel tuh... after makan.. kita orang naik bilik kemas.. dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya .. kami teruskan perjalan unplanned kami tuh ke Terengganu... alang alang nak balik Kelantan.. hubby ajak aku singgah ke Terengganu.. katanya teringin nak tengok Taman Tamadun Islam kat Terengganu... jadi kami jalan terus melintasi Cherating dan naik terus ke Terengganu...

Aku seperti biasa.. kalau rasa penat bersembang.. dan kalau hubby pun dah kering idea.. aku mudah terlelap.. bosan... tiba tiba.. hubby berhenti mengejut.. aku pelik.. kenapa bang?? tanya aku confuse .. dia patah balik ke belakang.. aku masih lagi pelik.. kerana apa yang aku nampak hanya gerai gerai jagung.. laa.. takkan nak beli jagung plak...

Dia senyum jer.. dia ajak aku turun dari kereta.. Ada label Roti Paung... "apa nih kak:" .. roti... roti paung panas.."
Aku try beli satu .. dalm kereta tuh aku giler punya kagum pasal memang sedap dan giler punya lembut... pergh.. kalau kakak tuh nak carik rakan kongsi untuk bisnes dia kat KL nih aku rasa aku laa orang pertama yang akan volunteer .. giler sedap aku cakap ko..

Kami terus ker Kuala Terengganu.. sebelu terus ke Pulau Wan Man... kami singgah di mesjid terapung.. teringat akan kes Raja Bahrin dengan ex-wife omputih dia dan anak anak dia orang yang sungguh comel...

Kemudian kami terus ker Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man... memang aku betul betul tertarik dengan segala bentuk building yang ada kat situ.. aku jadik kagum... memang betul architect Islam (harap harap orang Islam laa yang buat) memang berbakat besar... aku tak missed satu pun bangunan replica yang dia org buat.. semua aku amik gambar....

Kemudian kita orang ke mesjid yang menjadi controversi di Terengganu.. Mesjid Kristal.. dan aku betul betul terkejut.. memang tak cantik langsung.. tak ada apa apa keistimewaan. tambahan pulak mesjid tuh kecik.. cuma ada 4 hingga 5 saf perempuan aja kat ruang muslimat... dan apa yang menyedihkan jugak.. kata kakak aku yg pergi esoknya untuk sembahyang - tapi mesjid tuh tutup .. hanya bukak masa office hours. Kalau dibandingkan jumlah duit yang dilaburkan untuk buat mesjid tuh memang tak berbaloi.. sapa yang kaup untug lebih nih.. dan kalau betul mesjid nih ditutup pada waktu malam.. bagaimana nak megerjakan sembahyang dan macam mana dengan hukum sunat muakad yg perlu at least seorang yg pergi dan megazankan dan sembahayang kat situ.. hmmm jawab laa nanti...

Lepas dari situ.. kami jadi panic... dah hampir 5 biji shallet dan homestay kami pergi untuk bermalam.. tapi semua penuh... kami carik jugak sampai pukul 10... gagal.. semua hotel, shallet, rumah tumpangan, homestay penuh.. ye lah cuti panjang.. jadi kami akur.. kami bersetuju untuk menerima pelawaam=n kawan hubby aku untuk bermalam aja kat rumahnya..

Esok pagi pagi.. kami cepat cepat ke kedai di kampung tuh.. takut apa yg kami cari tak ada.. takut habis.. Nasik Dagang Trengganu .. heheh.. nasib ada lagi.. kami amik semua.. ada dalam 8 bungkus rasanya ... malu jugak bila orang kampung tuh tanya pada mak cik kedai tuh ... mak cik kedai tuh kata.. nih orang KL makan nasik dagang perabih.. heheh .. tapi memang sedap gilerrr ...

Dalam perjalan ke Kelantan.. kami singgah di tepi pantai yg amat bersih.. mandi manda ... dan ombak memang tinggi... walaupun pantai memang jauh tapi bila dia datang habis kami semua basah ...

Kami sempat singgah kat tempat perusahaan kepok leko dan lunch kami pulak ada satu kedai yang jual makanan makanan laut yang di celup tepung.. memang best...

Kemudian kami terus balik Kelantan.. belasah nasik dagang kelantan pulak 2 kilo.. mak mertua aku masak.. pergh.. memang nikmat percutian kali nmih..

Bagi aku.. percutian kali nih memang best.. Ala ala Anthony Bordain... No Reservation.. penuh adventure ..

Monday, February 2, 2009

Agar agar Lapis Pelangi



Baru nih pergi menghantar pengantin adik ipar aku... last minute dia mintak tolong aku buatkan puding untuk di bawa sebagai buah tangan... alamak.. cam mana ek... bukan tak nak tolong tapi takut tak sempat.. bukan sebab apa.. malam tuh aku ada dinner sekolah menengah.. jadi.. tak tahu nak buat puding apa.. dan takut tak sempat..

Jadi aku duk gikir fikir puding yang senang dan cantik ialah puding Lapis Pelangi nih... puding nig sebenarnya puding biasa jer cuma sebab dia di lapis lapiskan .. nampak laa caNtik untuk di buat hantaran...
Yang bentuk love tuh.. macam biasa jer.. buh pewarna merah.. biar keras pas tuh buh santan... letak tepi tepi dia tuh nak buat cantik jer ...

# agar-agar masak dengan daun pandan
# 6 gelas air
# 1 senduk gula (ikut suka)
# Pewarna- hijau, merah, biru dll

# Bhn B
# agar- agar masak dengan daun pandan
#1 biji santan pekat (dalam 2 plastik kecik yg jual kat pasar tuh)
# 5 gelas air
# 1 senduk gula (ikut suka)
# 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

1. Masak bahan A hingga hancur. Tak perlu buh warna lagi
2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain biarkan dgn api kecil
3. Masak bahan B hingga hancur - masukkan santan & garam
4. Buat spt bhn A - biarkan atas api kecil
5. CARA MELAPIS: amik dalam sesenduk agar agar plain tadi dan letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg dalam sesenduk (ikut suka hati nak lapis tebal ker nipis) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...


Contoh Lapisan:
LAPISAN 1 – AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
LAPISAN 2 – AGAR-AGAR PLAIN JARANG
LAPISAN 3 – AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 4 – AGAR-AGAR MERAH JARANG
LAPISAN 5 – AGAR-AGAR BIRU SANTAN
LAPISAN 6 – AGAR-AGAR BIRU JARANG
LAPISAN 7 – AGAR-AGAR KUNING SANTAN
LAPISAN 8 – AGAR-AGAR KUNING JARANG
LAPISAN 9 – AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
LAPISAN 10 – AGAR-AGAR HIJAU JARANG

Sunday, February 1, 2009

Kalau buh gula sedap sikit ...

Masa mandi kat Pantai Batu Rakit Terengganu hari tuh.. pantai kat Terengganu nih memang cantik.. pantai dia bersih... tapi masa tuh angin memang kuat.. ombak memang betul betul besar.... walupun kami hanya duduk di persisiran pantai tuh.. tapi sekali sekala air laut tuh datang dan meneggelamkan kami anak beranak .. dan adik Nayli entah berapa kali tertelan air laut yang masin tuh...

"Tui tui.. " sambil meludah... "ish tak sedap laa air nih... masam... " kata adik

"Bukan masam laa masin laa adik... " jawab aku memperbetulkan ayat dia...
"Oh !!! masin terlupa pulak... "
"Macam ada ...ada .. ada ... apa tuh ...
" yek.. tui tui.." dia meludah tak berenti...

"Garam..." jawab aku ringkas

"Haa.. masin cam buh garam .."

"Uwek.. tak sedap laaa... tui ti tui... "dia ludah lagi

"Memang laaa masin.. nih air laut... air laut memang masin.. tak boleh minum.. tak sedap..."

"Ha ah kan tak sedap la air nih ...

"Asal laaa.. dia tak buh gula... kalau buh gula sedap sikit adik nak minum..."
jawab dia penuh confident dan tanpa ada apa apa perasaan bersalah langsung...