Monday, June 21, 2010

50 years wedding anniversaries

Upacara ini lah upacara paling penting bagi keluarga kami tahun lepas... sejak awal lagi perancangan telah di buat .. meeting bebrapa kali dan pembahagian tugas telah di rancang dengan sungguh teliti agar semuanya berjalan lancar ... semua ada tugas masing masing ...

Sekali seumur hidup kami .. dan aku mahu ianya perfect ...3 bulan sebelum kejadian .. aku mulakan dengan mencari hotel yang agak selesa tapi mampu untuk kami adik beradik belanjakan untuk acara gemilang gemilang ini ... banyak jugak quotation aku kumpulkan ..setelah technical dan commercial evaluation di lakukan .. aku uslkan pada YB YB (abang abang aku) .. bila mereka setuju .. aku booked ..

Kemudian aturcara majlis pula aku perlu sediakan .. aku mahu ianya menjadi satu acara yang akan di ingati sepanjang umur keluarga kami .. teruta emak dan ayah .. aku mahu mereka rasa mereka di sanjungi dan gembira dengan apa yang kami uasahakan itu ...

Selesai dengan upacara majlis yang sekejap di tambah ... ditolak .. aku beralih dengan menyediakan kad jemputan yang bagi aku amat kelas... aku mahu semua VIPs (abang abang dan kakak aku) dan VVIP (emak dan ayah) gembira mendapat undangan dari balaci cam aku nih ... ciap create kad jemputan .. aku postkan .. semua dapat ...

Kemudian .. aku fikirkan pula hadiah dan hantaran untuk mak dan ayah .. kami adik beradik setuju sebulat suara untuk menghadiahkan ayah Jam tangan dan mak kerongsang emas ... manakala kepala hantaran adalah cicin emas untuk mak dan suasa untuk ayah ...di samping bunga telur sebagai tanda adat ulangtahun perkahwinan mereka ...

Selesai dengan itu .. masuk pula acara pantai dan acara pada malam itu ... aturcara malam itu sungguh formal .. dimulakan dengan paluan kompang apabila mereka melangkah kaki masuk ke ruang dewan itu ... bacaan doa, bacaan al-quran, ucapan mak dan ayah, ucapan wakil adik beradik, upacara sarung cincin, upacara potong kek, persembahan slide gambar gambar keluarga, persembahan dari kanak kanak dari setiap ahli keluarga, acara cabutan bertuah .. dan acara kemuncak hadiah hantaran jam dan kerongsang emas untuk mereka..

Semua ahli keluarga sememangnya sporting dan bekerja sama .. ada yg jaga lampu (dengan lampu suluh) ada yg jaga muzik .. ada yang tukang tutup lampu (agar effectnya lebih mengancam)..

Selesai malam itu .. esok lepas breakfast .. ada upacara pantai .. macam macam .. hampers dan hadiah ... adik beradik yang sponsor.. aku sponsor door gift yg berupa mug ada tulis 50 yrs anniversary, pinggan untuk adik beradik aku dan botol air untuk kanak kanak...

Lepas lunch .. baru upacara penyampaian hadiah untuk pemenang acara pantai ... kemudian sementara menunggu balik .. acara bebas .. mandi kolam dan sebagainya ...

Secara keseluruhannya hari itu adalah hari yang paling berharga buat kami sekeluarga. Untuk mak dan ayah hanya itu sahaja yng mampu kami berikan untuk kalian berdua... ketahuilaa.. bahawasanya kami amat amat menyayangi kalian berdua ...

Tuesday, June 15, 2010

Fruit tartlet

Aku dah tak ingat aku amik resepi nih kat mana ..

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.


akak wat separuh adunan di atas, dpt lebihkurang 28 biji mini tart..

Filling Tart Telur

Bahan Filling (zlinda@myresipi) :-
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Menyediakan:-
  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak.

    Yummy ....

Friday, June 4, 2010

Kuah durian

Kuah durian nih paling best makan dengan roti.. kalau kat sebelah Terengganu nun dia orang makan dengan pulut .. dia orang panggil pulut durian .. kalau kat sini pulut durian kita makan asing asing dengan santan, gula melaka, durian dan pulut ... so ada kelainan sikit..
So... kuah durian nih kalau ada kerajinan boleh jugak makan dengan roti jala.. tapi mak cik maleh laa nak menjala ... nih resepinya

Durian dalam lima ulas
Santan sebungkus
Gula melaka / kerek
Daun Pandan
sedikit garam

Massakkan durian tadi dengan santan, gula melaka dan daun pandan.. masak sampai durian tadi bercampur dengan kuah tadi ... bila dah mendidih dan dah berbau durian masukkan sedikit garam .. tarra dah siap .. sungguh senang dan lazat ...