Sunday, June 15, 2014

Durian cheese cake ala ala secret resepi

Resepi ni aku amik terus dari tiffin biru mat gebu kita... memang kelas ... cuma aku tukar buskut tu ke biskut tiger. Dan cik hubby komen jangan tekan sangat dadar kek tu nanti dia keras sangat. Dan aku rada lagi sedap guna digestive biscuit jufak. Sebab kalau guna biskut tiger ni cepat muak sikit.
BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat gebu guna biskut marie aku guna biskut tiger)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung

 MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...
Kek ni memang sedap cuma boleh kurangkan manis sikit. Pasal mungkin durian tu kan dah manis jugak