Thursday, September 18, 2014

Red Rubbies Chestnut

Ni buat masa buka puasa hari tu ... red rubies chestnut ... ala yg macam kat chakri level 4 KLCC tu ... memang sedap dan actually senang jer nak buat.
Sengkuang
Tepung ubi
Pewarna merah
Nangka
Santan
Isi kelapa muda
Ice cream 

Memula potong sengkuang dadu kecik kecik. Pas tu rendam dengan pewarna merah. Pas tu tapis air dan gaul dengan tepung ubi. Sementara tu didihkan air. Masukkan sengkuang yg telah di gaul dgn tepung tadi macam nak buat buah Melaka atau ondeh ondeh. Angkat bila dia dah terapung.
Masakkan santan dgn daun pandan. Buh gula secukup rasa. Tutup api.. hidagkan bersama sengkuang dan ice cream.. hidangkan sejuk .. memang yummy ...


Punch Buah Buahan

Lama tak buat punch .. teringat dulu dulu rasanya mak aku pernah buat tapi tak ingat macam mana... tapi yang aku ingat punch ni boleh belasah jer buh apa apa ....

Buah campur dalam tin
Nenas dalam tin
Peach dalam tin
Air lemon
Air limau sunquick
Gula sikit
Kalau ada daun pudina boleh ramag rams masuk dalam air tuh
Potong sikit buah buah lain pun boleh macam strawber, belimbing dll

Cara ...
Masuk semua godak godak buh air .. settle. Untuk perhiasan boleh hiris buah lemon and buah limau tuh buh dalam tu sekali... minum .. best giler ....

Saturday, September 13, 2014

Kebab versi aku ....

Semalam duk memikir memikir apakah lagi masakan yang sesuai untuk mak dan ayah sementara dia orang kay sini. Makanan kesihatan yang semua orang boleh makan. Search search kat AEON Big semalam tetiba jumpa pocket pita ni... apa lagi terfikir laa nak buat kebab simple ...

Resepi kebab nih sebenarnya resepi main belasah jer ... so korang pun belasah laa apa aja kalau nak tambah tambah eh ...

Roti pita kebab yang ada pocket tu
Daging kambing / lembu
Bawang putih
Baeang merah
sedikit halia
sedikit lada hitam yang dah di tumbuk (kalau nak pedah buh laa banyak)
sos tiram
sedikit kicap lemak manis (ikut suka.. kalau suka letak laa )
sayur sayuran - pelbagai jenis salad 
tomato
timun
mayonis
thousand island 
sos cili / tomato

Memula tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai garing. Masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam. Kemudian masukkan daging. Tunggu sekejap sampai kecut. Kemudian masukkan air dan masak hingga lembut. Keringkan betul betul - jangan ada kuah. Bila dah masak angkat dan boleh la masuukan dalam pocket roti pita tadi. Selang seli dengan sayur sayur tadi mengikut kekreatifan anda dan kekreatifan tekak anda. Pas tu boleh la letak sos mayonis, thaosand islan, sos cili dan tomato. Kalau nak lagi power boleh jer buh serbuk parmesan.

Tarraaaa.... yummyyy... (tak der ler sihat mana kalau dah buh mayonis cheese dan semua mak nenek)

Senang kan ...